Sunday, September 26, 2010

MUKA DEPAN

MASJID SULTAN MAHMUD DI BANDAR AL  MUKTAFI BILLAH SHAH
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU551
DISEDIAKAN OLEH : 
MUNIRAH BINTI IBRAHIM
2009778007
BMB2AC
PROGRAM
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN(KEPUJIAN)
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BM223
 

ISI KANDUNGAN

Tajuk
Masjid Sultan Mahmud
1.Isi kandungan
2.Abstrak
3.Pendahuluan
4.Pengertian masjid
5.Kebaikan solat berjemaah di masjid
6.Latar belakang Masjid Sultan Mahmud Di Bandar Al Muktafi Billah Shah
7.Aktiviti yang dijalankan di masjid berkenaan
8.Penutup
9.Bibliografi

ABSTRAK


       ABSTRAK

       Masjid ialah satu tempat dimana umat Islam mendirikan solat . Masjid merupakan satu tempat persinggahan bagi orang musafir yang berjalan jauh untuk singgah sebentar ke masjid untuk mendirikan solat . Masjid pertama yang dibina dimuka bumi ini ialah masjid yang dibina oleh Rasulullah S.A.W. iaitu Masjid Al-Quba' . Masjid ini dibina di Madinah ketika perjalanan Rasulullah dan umat Islam berhijrah ke Madinah . Tarikh ialah pada 8 Rabiul Awal tahun ke 14 kerasulan Nabi saw. Tempatnya ialah di Quba iaitu kira 24km dari Masjid Nabawi.

       Ia dibina atas semangat muafakat atau kerjasama diantara umat Islam . Manakala kiblat pertama umat Islam adalah di Masjid Al-Aqsa dam merupakan masjid ketiga suci umat Islam .Di malaysia terdapat hampir 1000 masjid yang terdiri daripada pelbagai bentuk . Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di masjid-masjid berkenaan seperti tempat solat kaum lelaki dan perempuan , tempat mengambil wuduk dan sebagainya . Manakala kiblat pertama umat Islam adalah di Masjid Al-Aqsa dam merupakan masjid ketiga suci umat Islam . Di Malaysia terdapat tujuh peringkat masjid iaitu ,masjid negara , masjid negeri , masjid daerah , masjid mukim , surau , bilik sembahyang dan dimana-mana tempat yang bersih . Sesuatu masjid Jamek dibina adalah untuk menyediakan tempat beribadat bagi lebih 1000 penduduk . Itu adalah serba sedikit tentang penubuhan sesuatu masjid .

PENDAHULUAN

       Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya melaksanakan tugasan yang dipinta oleh Ustaz Abd Aziz Bin Harjin iaitu pensyarah untuk CTU551 . Saya mengambil keputusan untuk membuat kajian tentang sejarah penubuhan masjid di kampung saya iaitu Masjid Sultan Mahmud . Masjid ini mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan . Saya mengumpul maklumat dengan pergi ke masjid berkenaan bersama kakak saya dan mengambil serba sedikit gambar untuk memberi gambaran tentang rekabentuk masjid tersebut . Banyak gambar yang saya ambil untuk menunjukkan bahagian solat . tempat mengambil wuduk dan sebagainya . Masjid ini terletak di pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai . Saya juga mendapat maklumat mengenai masjid ini melalui tuk imam masjid di kampung saya . Tuk imam di masjid saya bernama Haji Jaafar Bin Abdullah . Beliau berusia 64 tahun dan sudah lama menjadi tuk imam di kampung saya . Sebelum ini beliau pernah menjadi tuk imam di taman saya . Itu adalah serba sedikit mengenai masjid berkenaan .

PENGERTIAN MASJID

      PENGERTIAN MASJID
        
      Masjid berasal dari kata sajada yang bermaksud tempat sujud . Secara teknikal sujud (sujudun) adalah meletakkan kening ke tanah . Secara maknawi , jika kepada Tuhan sujud mengandungi erti menyembah , jika kepada selain Tuhan , sujud mengandungi erti hormat kepada sesuatu yang dipandang besar atau agung. Sedangkan sejadah dari kata sajjadatun mengandungi erti tempat yang banyak dipergunakan untuk sujud , kemudian mengerucut ertinya menjadi selembar kain atau karpet yang dibuat khusus untuk sembahyang orang per orang . Oleh kerana itu karpet masjid yang sangat lebar , meski fungsinya sama tetapi tidakdisebut sejadah . 

     
Adapun masjid (masjidun) mempunyai dua erti, erti umum dan erti khusus . Masjid dalam erti umum adalah semua tempat yang digunakan untuk sujud dinamakan masjid , oleh kerana itu kata Nabi, Tuhan menjadikan bumi ini sebagai masjid. Sedangkan masjid dalam pengertian khusus adalah tempat atau bangunan yang dibina khususuntuk menjalankan ibadah, terutama sembahyang berjemaah . Pengertian ini  masjid yang digunakan untuk sembahyang Jumaat disebut Masjid Jamek . Kerana sembahyang Jumaat diikuti oleh orang ramai maka masjid Jamik biasanya besar . Sedangkan masjid yang hanya digunakan untuk sembahyang lima waktu , biasanya di perkampungan, boleh juga dipejabat atau di tempat umum, dan biasanya tidak terlalu besar atau bahkan kecil sesuai dengan keperluan , disebut Musholla , ertinya tempat sembahyang . Di beberapa daerah , musholla juga disebut sebagai surau .
Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.

    Dalil tentang masjid ialah perintah Allah Subhanahu Wata’ala untuk solat berjemaah dalam Al Quran Allah Subhanahu Wata’ala berfirman :  “Dan dirikanlah solat , tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk .  “  (al-Baqarah: 43) . Para ulama terdahulu seperti Imam Abu Bakar al-Kisani , Qadli al-Baidlawi , Hafidz Ibnul Jauzi , telah sepakat bahwa ayat mengenai perintah untuk rukuk bersama-sama dengan orang-orang yang rukuk  menunjukkan adanya perintah (yang bermakna wajib) untuk menegakkan solat berjemaah .

FADILAT SOLAT BERJEMAAH DI MASJID


Fadilat Solat Di Masjid

Di sini saya ingin memasukkan serba sedikit tentang kebaikan sembahyang berjemaah di masjid . Apatah lagi sesiapa sahaja yang memenuhi saf hadapan terlebih dahulu . Namun sekarang kita dapat lihat yang memenuhi saf hadapan ialah warga emas . Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang . Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.
Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi , seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan . Dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat.
Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah . Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).
Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah . Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama , lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:
“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka .” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.
Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid . Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang , sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam . Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan . Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah .

LATAR BELAKANG MASJID SULTAN MAHMUD DI BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH

Latar Belakang Masjid Sultan Mahmud Di Bandar Al Muktafi Billah Shah

Setiap masjid mempunyai rekabentuk yang tersendiri . Begitu juga dengan Masjid Sultan Mahmud yang diambil bersempena nama Al Marhum Sultan Mahmud iaitu Sultan Terengganu sebelum Tuanku Mizan Zainal Abidin . Al Marhum Sultan Mahmud merupakan sultan terengganu yang ke-16 . Masjid ini terletak selepas simpang masuk ke kampung saya dan dibelakang stesen minyak . Masjid ini terdiri daripada tiga tingkat dimana tingkat pertama ialah dewan serbaguna yang biasanya digunakan untuk majlis seperti majlis khatam al-Quran , majlis berbuka puasa dan sebagainya . Di bahagian kiri dan kanan dewan serbaguna terdapat tempat mengambil wuduk dan bilik air untuk muslimin dan muslimat . Pada tingkat kedua terdapat dewan solat utama yang disediakan untuk muslimin bersolat . Penduduk di sini melaksanakan solat berjemaah , solat terawih dan lain-lain aktiviti di masjid ini walaupun terdapat banyak surau yang didirikan di sini . 
Terdapat rak buku disetiap tiang di bahagian dewan solat utama untuk meletakkan Al-Quran , hadith dan buku mengenai agama Islam . Di pintu masuk utama ke dewan ini disediakan peti untuk memberi peluang kepada orang ramai menderma . Dengan sumbangan ini , dapat digunakan untuk untuk menambahkan lagi keperluan yang diperlukan oleh masjid ini . Di tingkat atas terdapat juga dewan solat yang disediakan untuk kaum muslimah bersolat . Selepas pintu masuk utama ke masjid ini disediakan tempat letak kereta untuk memudahkan orang ramai meletakkan kereta . Sebelum masjid ini dibina , terdapat sebuah masjid lama yang digunakan untuk orang ramai bersolat . Masjid tersebut terletak di taman perumahan saya atau dikenali sebagai blok D . Di kampung saya terdapat tujuh blok dimana tersedia sebuah surau di setiap blok . Manakala di blok saya digunakan untuk orang ramai bersembahyang jumaat . Tetapi itu merupakan sejarah lama . Sekarang masjid berkenaan hanya digunakan untuk majlis ilmiah , majlis usrah dan sebagainya .
Ini adalah serba sedikit mengenai latar belakang Masjid Sultan Mahmud dan mengenai sejarah masjid sebelum pembinaan masjid baru itu .