Masjid berasal dari kata sajada yang bermaksud tempat sujud . Secara teknikal sujud (sujudun) adalah meletakkan kening ke tanah . Secara maknawi , jika kepada Tuhan sujud mengandungi erti menyembah , jika kepada selain Tuhan , sujud mengandungi erti hormat kepada sesuatu yang dipandang besar atau agung. Sedangkan sejadah dari kata sajjadatun mengandungi erti tempat yang banyak dipergunakan untuk sujud , kemudian mengerucut ertinya menjadi selembar kain atau karpet yang dibuat khusus untuk sembahyang orang per orang . Oleh kerana itu karpet masjid yang sangat lebar , meski fungsinya sama tetapi tidakdisebut sejadah .
Adapun masjid (masjidun) mempunyai dua erti, erti umum dan erti khusus . Masjid dalam erti umum adalah semua tempat yang digunakan untuk sujud dinamakan masjid , oleh kerana itu kata Nabi, Tuhan menjadikan bumi ini sebagai masjid. Sedangkan masjid dalam pengertian khusus adalah tempat atau bangunan yang dibina khususuntuk menjalankan ibadah, terutama sembahyang berjemaah . Pengertian ini masjid yang digunakan untuk sembahyang Jumaat disebut Masjid Jamek . Kerana sembahyang Jumaat diikuti oleh orang ramai maka masjid Jamik biasanya besar . Sedangkan masjid yang hanya digunakan untuk sembahyang lima waktu , biasanya di perkampungan, boleh juga dipejabat atau di tempat umum, dan biasanya tidak terlalu besar atau bahkan kecil sesuai dengan keperluan , disebut Musholla , ertinya tempat sembahyang . Di beberapa daerah , musholla juga disebut sebagai surau . Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.
Dalil tentang masjid ialah perintah Allah Subhanahu Wata’ala untuk solat berjemaah dalam Al Quran Allah Subhanahu Wata’ala berfirman : “Dan dirikanlah solat , tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk . “ (al-Baqarah: 43) . Para ulama terdahulu seperti Imam Abu Bakar al-Kisani , Qadli al-Baidlawi , Hafidz Ibnul Jauzi , telah sepakat bahwa ayat mengenai perintah untuk rukuk bersama-sama dengan orang-orang yang rukuk menunjukkan adanya perintah (yang bermakna wajib) untuk menegakkan solat berjemaah .
No comments:
Post a Comment