AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID BERKENAAN
Masjid ialah tempat umat Islam berkumpul dan bertemu antara satu sama lain . Mereka memakmurkan masjid dengan melaksanakan bermacam aktiviti yang berbentuk keaagamaan . Antara akitiviti yang dijalankan ialah menunaikan solat hari raya . Tahun ini ialah tahun kelima solat hari raya didirikan di masjid berkenaan . Masjid ini juga menjalankan majlis Majlis Meraikan Bakal Haji yang telah dijalankan di Masjid Sultan Mahmud, Al-Muktafi Billah Shah. Majlis ini merupakan program perintis yang mana merupakan salah satu program untuk mengeratkan silaturrahim dan memberi sokongan agar bakal haji dapat menunaikan haji dengan sempurna. Selain daripada itu, program ini juga sebagai tanda mengalu-alukan selamat pergi dan selamat kembali semoga bakal haji mendapat Haji Mabrur. Selain itu , sambutan Ma’al Hijrah . Contohnya , pada awal tahun 2010 , satu ceramah telah diadakan bertajuk “syariat diutamakan “ yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Y.Bhg. Ustaz Haji Mahmud bin Mat , Pengarah Urusan dan Pakar Motivasi Syariat Bina Ummah . Di masjid ini juga dijalankan Kursus Pra Perkahwinan Islam bertujuan memberi pendekatan kepada bakal pengantin tentang syariat perkahwinan yang merangkumi pendidikan kesihatan , pengurusan kewangan dan komunikasi suami isteri . Apabila terdapat peperiksaan penting seperti UPSR , PMR , SPM dan STPM , pihak jawatankuasa masjid akan menjalankan program motivasi dan solat hajat untuk pelajar-pelajar yang tinggal disini . Program bermula dengan solat maghrib berjemaah dan kemudian diikuti program motivasi .
Aktiviti yang terbaru yang dijalankan di masjid ini ialah majlis gotong royong . Aktiviti ini dijalankan sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri . Aktiviti harian yang selalu dijalankan di masjid ini adalah bacaan Al-Quran dan kelas tajwid antara waktu maghrib dan isyak . Selain itu , kelas tauhid turut di jalankan . Pada setiap hari selasa , rabu dan sabtu dijalankan kelas feqah , sirah dan tabligh . Pada setiap hari minggu iaitu jumaat dan sabtu , aktiviti membaca Al-Quran . Pada setiap bulan ramadhan , diadakan solat terawih dan pada waktu selepas asar terdapat pembahagian bubur lambuk untuk penduduk di Bandar Al-Muktafi Billah Shah .
Terdapat juga bakal pengantin baru yang ingin mengadakan majlis akad nikah di masjid jadi mereka boleh melakukan di masjid berkenaan . Apabila terdapat kematian , akan terdapat majlis tahlil yang dijalankan . Pada bulan ramadhan , orang ramai membayar zakat di masjid berkenaan . Itulah serba sedikit aktiviti yang dijalankan di Masjid Sultan Mahmud .
Aktiviti yang terbaru yang dijalankan di masjid ini ialah majlis gotong royong . Aktiviti ini dijalankan sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri . Aktiviti harian yang selalu dijalankan di masjid ini adalah bacaan Al-Quran dan kelas tajwid antara waktu maghrib dan isyak . Selain itu , kelas tauhid turut di jalankan . Pada setiap hari selasa , rabu dan sabtu dijalankan kelas feqah , sirah dan tabligh . Pada setiap hari minggu iaitu jumaat dan sabtu , aktiviti membaca Al-Quran . Pada setiap bulan ramadhan , diadakan solat terawih dan pada waktu selepas asar terdapat pembahagian bubur lambuk untuk penduduk di Bandar Al-Muktafi Billah Shah .
No comments:
Post a Comment